wantingipad

March 21, 2011

Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids

Filed under: iPad — wantingipad @ 1:39 pm

0215H

Puas saya berfikir. Mahu cerita apa? Mahu sampaikan apa?

Mungkin saya perlu ubah gaya penceritaan saya ini biar lebih santai. Usah terlalu ikut tatabahasanya. Biar lebih rileks.

Fikir lagi.
Itu bukan saya. Tak perlu jadi orang lain andai mahu jadi seseorang. Cukup saja jadi diri sendiri.

Kembali pada tujuan asal saya menulis ini ya. Sejujurnya sudah lama saya tidak menulis. Tidak mencatat dengan cara yang saya suka. Tidak merekodkan dengan gaya yang saya gemar. Tapi begitu hebat aura ‘Giveaway ‘ ini hinggakan memaksa saya menulis kembali. Bahkan menimbulkan konflik dalaman, sama ada untuk ikut serta atau tidak. Tak perlu risau, ia tidaklah seteruk mana seperti saya tulis ini.

Hadiahnya yang begitu menawan.

Ipad.
Bukan teknologi itu yang saya mahu, tapi kemudahan untuk menulis semula. Ia akan dapat membantu saya untuk menulis semula. Malah ia telah pun mencetuskan rasa itu, dengan membina blog yang semata-mata untuk ikut serta dalam pertandingan ini.

Ia telah menjadi semangatku untuk menulis. Benar-benar cuba untuk mengeluarkan segala macam idea daripada kepalsaya untuk disampaikan. Sungguh-sunguh memerah segala yang ada untuk menjadikan usaha untuk memilikki ipad itu menjadi kenyataan.
Kenapa pula saya cerita tentang semua itu?

Sebab itu saja yang memenuhi ruang fikirku sejak dari hari saya baca mengenainya.

Terima kasih kepada Encik Google untuk gambar ini.

Ipad.
Ipad.
Ipad.

Maaf ya saudara saudari, saya jadi sedikit obses. Jarang sekali saya rasa seperti ini. Mungkin saja rasa yang sama semasa saya membaca tentang ‘Giveaway Medela Freestyle‘  tetapi saya tidak sempat mahu ikut serta kerana terlepas hari akhirnya.

Almaklumlah, ibu-ibu menyusu memang suka gadjet-gadjet begitu. Apatah lagi ibu menyusu yang juga seorang yang bekerja dan juga suka mengikuti perkembangan teknologi terkini.

Ruang siber memang tempat kegemaran untuk bersantai. Komputer adalah teman rapat (oh, jangan risau yang paling penting tetaplah agama dan keluarga biar sehebat mana pun teknologi di luar sana).

Sebenarnya ada topik lain yang saya mahu ceritakan. Tentang halal haram, tentang betapa hebatnya aturan yang Allah SWT telah susun untuk kita. Tapi fikiran asyik fikir iPad sana sini hinggakan tak terkeluar apa  yang saya mahu ceritakan. Mungkin lain kali. Bila? Entah, saya pun kurang pasti. Mungkin saja selepas iPad sampai ke tangan?
Apa saya punya peluang?

Apa kata kita rehat dulu sebentar daripada cerita iPad ini?
Saya mahu tidur dulu. Nanti sambung semula.

1256H

Masih lagi berkira-kira mahu cerita apa. Dan tetaplah kisah iPad itu berlegar-legar di fikiran. Ah, ini kerja gila. Kegilaan iPad. Mahu cerita kisah lain, tapi rasa semacam berat sebelah pula. Sebab saya begitu inginkan iPad itu, tapi mahu bercerita tentang perkara lain? Semacam saya cintakan anak Mak Bedah, tapi hantar surat cinta pada Kak Tipah pula? Aneh?

Seharusnya saya tak perlu fikir sangat tentang iPad bukan? Sebab itu perkara yang belum tentu lagi. Tak salah mencuba.

Oh, saya jadi buntu. Maka dengan itu saya rehat lagi. Dengan projek menyorok menambah bekalan susu anak untuk masa depan. Yuk!

1335H

Okla. Saya rasa perlu berhenti di sini. Tak perlu tangguh-tangguhkan lagi. Sekian terima kasih.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.